BUTTERWORTH: Dua lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di Jalan Ong Yi How, di sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan ke atas dua lelaki yang bekerja sebagai juruteknik dan jurukimpal mendapati, kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.
Noorzainy berkata juruteknik yang berusia 35 tahun memandu kereta manakala jurukimpal yang berusia 50 tahun menunggang motosikal sewaktu ditahan polis dalam Op Mabuk tersebut.
"Ujian saringan awal menggunakan alat SD2+, dan hasil ujian mendapati kedua-duanya positif.
"Mereka berdua seterusnya dibawa balik ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seberang Perai Utara untuk ujian pernafasan menggunakan alat EBAII.
"Hasilnya turut mendapati dua lelaki ini positif melebihi had yang ditetapkan,” katanya.
Noorzainy berkata, pihaknya akan terus membanteras pemandu mabuk kerana ia bukan sahaja mengundang bahaya pada diri sendiri tetapi juga pengguna jalan raya lain.
"Ada kemalangan berlaku berpunca daripada pemandu mabuk yang mengorbankan nyawa pengguna jalan raya yang tidak berdosa," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had.
Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Apr 25 2021
Jurukimpal (kiri) dan juruteknik yang ditahan polis dalam Op Mabuk pagi ini. - Foto PDRM
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
21 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Pulau Pinang
Polis menyita 21 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru bermula 11.30 malam hingga 4 pagi tadi.
Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.
3 maut, 3 cedera dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika berteduh bawah jambatan
Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di bawah jambatan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).
Lelaki mabuk, positif ganja langgar dua kenderaan ditahan
Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, ditahan selepas melanggar dua kenderaan di Jalan Budiman 2, Taman Sungai Mas dekat Kulai, malam tadi.
Myvi hilang kawalan, suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.
Lelaki mabuk dipenjara, didenda sebabkan kematian dan cederakan anggota polis
Mohan Rao didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian terhadap Konstabel Mohd Zamiri Sinsian.
Kematian subkontraktor DBKL: Pelajar mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk
Seorang penuntut kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian seorang petugas subkontraktor DBKL.
Rempuh lima kenderaan, pemandu lori disyaki mabuk ditahan
Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan lain di Pasir Gudang di sini, semalam.
Tiga ditahan memandu di bawah pengaruh dadah
AADK telah membuat saringan ke atas 13 pengguna jalan raya dan didapati tiga daripada mereka positif dadah.
Tiga ditahan pandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol, dadah
Kesemua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Balai Polis Jalan Campbell untuk tindakan lanjut.